Matlamat Pendidikan Dan Perubahan Kurikulum Dalam Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
Matlamat pendidikan yang dihasratkan oleh FPK terbahagi kepada 2 jenis matlamat iaitu matlamat Intrinsik dan matlamat Ekstrinsik. Matlamat Intrinsik ini lebih menekankan apa kriteria yang sepatutnya setiap warganegara perolehi menerusi pendidikan. Contoh kriteria berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, pegangan agama, bertanggungjawab dan sejahtera diri. Bagi matlamat Ekstrinsik pula menekankan tentang sumbangan setiap individu terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Antaranya, warganegara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian & kemakmuran keluarga. Jika individu itu membentuk keluarga, diyakini dirinya mampu menjadikan keluarganya makmur dan sejahtera. Selain itu, warganegara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat. Pendidikan yang merupakan satu proses untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan makmur. Seterusnya, warganegara Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Pendidikan y...